“Tak Berkaliber Langsung” – Maya Karin Idam Watak ‘Mahsuri’, Tapi Ramai Tak Suka Kalau Syamsul Jadi Pengarah?

Movie
17 Aug 2022 • 3:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas kejayaan filem tanah air Malaysia berjudul Mat Kilau yang tidak disangka ramai, kini ada khabar angin mengatakan akan ada terbitan filem sejarah yang sememang diketahui masyarakat iaitu mengenai seorang gadis berasal dari Pulau Langkawi bernama Mahsuri.

Susulan khabar angin itu, pelakon jelita Maya Karin meluahkan hasratnya ingin mencuba memegang watak utama sebagai Mahsuri seandainya filem itu diterbitkan dan lagi seronok jika ia dibawah arahan Syamsul Yusof yang juga pengarah filem Mat Kilau.

Hasratnya itu diluahkan dalam media sosialnya, Twitter dan meminta pandangan orang ramai mengenai perkara terbabit.

Akan tetapi, netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan Maya Karin, dimana mereka merasakan Syamsul Yusof sama sekali tidak layak untuk mengarah filem Mahsuri.

Netizen berasa gembira jika Maya memegang watak sebagai Mahsuri tetapi sememangnya menentang jika pengarah Mat Kilau terbabit mengarah filem Mahsuri di masa akan datang.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan netizen yang tidak bersetuju Syamsul menjadi pengarah filem Mahsuri kerana mereka merasakan pengarah dan juga pelakon itu memang berkaliber untuk menghasilkan filem yang ‘meletop’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Budak Lelaki 3 Tahun Ditemui Maut, Disyaki Didera Pengasuh Di Kepong