Tak Bertegur Sapa, Netizen Tebak Yoona SNSD ‘Pulau’ Han Sohee Dek Kontroversi Bersama Hyeri

Entertainment
27 May 2024 • 3:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Yoon-a dan Han So-hee telah menghadiri Festival Filem Cannes.

Selain daripada visual mereka yang luar biasa, netizen turut menantikan interaksi diantara kedua-dua pelakon terkenal Korea itu.

Walaupun begitu, Yoon-a dan Han So-hee tidak sekali pun bertegur sapa diantara satu sama lain meskipun mereka berdiri bersebelahan di karpet merah. Perkara ini kemudiannya telah menimbulkan spekulasi bahawa ianya disebabkan oleh kontroversi pelakon “Gyeongseong Creature” itu bersama Hye-ri.

Terlebih dahulu, Yoon-a dan Hye-ri terkenal dengan hubungan rapat mereka dalam industri hiburan Korea. Malah, ahli GIRL’S DAY itu juga pernah dilihat memeluk dan memanggil Yoon-a dengan panggilan ‘kakak’ di satu acara anugerah.

Disebabkan itu, ramai yang menjangka bahawa Yoon-a dan Han So-hee tidak bertegur sapa disebabkan oleh kontroversinya bersama dengan Ryu Jun-yeol dan Hye-ri.

Segelintir juga mendakwa bahawa ianya kerana kedua-dua mereka tidak pernah bekerja sama, sekaligus menjadi sebab mengapa mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.