“Hancurkan Mereka..” – Kongsi Mesej Sokongan Keluarga, Netizen Tebak Ayah Winter aespa Perli Bang Sihyuk

EntertainmentMusic
9 May 2024 • 3:40 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Perbualan diantara Winter aespa dan ayahnya telah menjadi isu hangat di Korea Selatan.

Baru-baru ini, Winter telah berkongsi mesej sokongan keluarganya bersama peminat di Bubble.

Penyanyi tersebut sebelum ini pernah mendedahkan bahawa kebelakangan ini dia mengalami masalah dan kesukaran dalam hidup.

Sejurus selepas keluarganya mengetahui perkara tersebut, abang Winter terus menghantar mesej yang menyatakan bahawa dia akan menguruskan segalanya.

Malah, ahli aespa tersebut turut berkongsi mesej yang ditinggalkan oleh ayahnya.

Katanya,

Ayah saya cakap ‘ saya akan hancurkan mereka semua untuk awak, anak perempuan kesayangan saya!

Selepas mesej itu dikongsi, peminat serta netizen mula sedar bahawa ayat yang digunakan oleh ayah Winter sama seperti ayat yang digunakan oleh Bang Si-hyuk sebelum ini.

Bapa kepada penyanyi tersebut juga dilihat seperti sedang menujukan mesej itu kepada pengasas HYBE.

Peminat juga turut berterima kasih kepada ayah Winter kerana tidak jemu untuk menyokong anak perempuannya pada waktu sukar.

Terbaiklah ayah Winter!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.