'Tak betul campur tangan keputusan PN' – Abdul Hadi

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 1:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tak betul campur tangan keputusan PN' – Abdul Hadi
Abdul Hadi (dua dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada kepimpinan veteran Pas pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak pernah mencampuri atau menentukan keputusan yang dibuat di peringkat Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya beliau menegaskan, setiap keputusan dibuat menerusi mesyuarat.

Menurutnya, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dengan memberi ruang kepada pimpinan mengemukakan pandangan secara terbuka sebelum sesuatu keputusan diputuskan.

"Tak betul. Kita buat keputusan secara mesyuarat-mesyuarat. Kita mengamalkan demokrasi.

"Mesyuarat terbuka. Dalam Pas ini dia beza sikitlah. Sesetengah parti dengan pemimpin dia, semua ‘yes’ belaka. Kita ini boleh bagi pandangan. Terbuka," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, keputusan berkaitan PN sepatutnya dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan bukan melalui campur tangan Presiden Pas.

Abdul Hadi bagaimanapun menegaskan, budaya perbincangan terbuka menjadi amalan dalam Pas dengan setiap pimpinan mempunyai ruang untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Beliau turut menolak gambaran bahawa kepimpinan parti hanya mengikut pandangan seorang pemimpin tanpa perbincangan atau perbezaan pendapat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved