“Tak Boleh Bayangkan Perasaan Daddy Pada Ketika Ini..” – Yana Najib

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

“Maaf semua, berita hari ini tidak baik. Tak boleh nak bayangkan perasaan daddy ketika ini..” demikian luahan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, iaitu Nooryana Najwa, susulan keputusan mahkamah yang memutuskan bapanya kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.

Menerusi perkongsian di media sosial hari ini, Nooryana Najwa turut menitipkan kata-kata semangat buat bapanya agar terus tabah dan menjaga kesihatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

Advertisement

image is not available

Banyak sabar okey. Kita hidup untuk berjuang lagi di hari lain, seperti biasa.

“Jaga kesihatan daddy, itu perkara yang paling penting,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan Najib, 72, berkaitan Titah Adendum yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta selepas didapati bersalah atas kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

image is not availableimage is not available

Keputusan mahkamah berkenaan sekali gus mengekalkan Najib di Penjara Kajang bagi menjalani baki hukuman yang telah ditetapkan.

Selai itu,kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-22 11:01:06

Titah Adendum Tahanan Rumah Tidak Sah, Najib Razak Kekal Di Penjara Kajang

The post “Tak Boleh Bayangkan Perasaan Daddy Pada Ketika Ini..” – Yana Najib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.