“Tak dapat bayang perasaan daddy ketika ini. Banyak bersabar ya?” -Yana Najib

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 6:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa atau Yana Najib meluahkan rasa sedih dan hiba susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan bapanya menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.

image is not available

Yana Najib tak dapat bayang perasaan bapa

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nooryana yang lebih dikenali sebagai Yana Najib mengakui tidak mampu membayangkan perasaan bapanya ketika ini.

“Sangat-sangat minta maaf Daddy.
Tak boleh bayangkan perasaan daddy ketika ini. Banyak-banyak sabar ya?,” katanya.

image is not available

Yana Najib harap bapa jaga kesihatan

Dalam pada masa Yana sempat menitipkan kata-kata semangat agar bapanya terus kuat menghadapi ujian dan berjanji akan terus bangkit berjuang.

Beliau turut berpesan supaya bapanya terus menjaga kesihatan kerana perkara tersebut adalah paling utama.

Kita akan bangkit dan terus berjuang pada hari lain seperti biasa.
Jaga kesihatan Daddy, itu yang paling penting,” tulisnya.

image is not available

Artikel lain: Tiba masanya UMNO perhalusi kembali kerjasama yang terjalin -Asyraf Wajdi

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah, selepas hakim memutuskan titah tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 serta tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Instagram yananajib