‘Tak boleh bernafas tengok momen sahabat dinikahkan bapa’

28 Oct 2026 • 10:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tak boleh bernafas tengok momen sahabat dinikahkan bapa’

KUALA LUMPUR – Ibarat ‘sakit’ yang tiada penawarnya. Biarpun sudah empat bulan berlalu, pelakon Erysha Emyra mengakui masih bergelut untuk mengawal emosi setiap kali teringatkan bapanya, Allahyarham Datuk Zakaria Abd Rahman yang meninggal dunia pada Mei 2026.

Erysha, 27, bahkan mendedahkan keadaan menjadi menjadi tidk terkawal apabila turut mengalami serangan panik (panic attack) ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya yang juga pempengaruh Sofea Shra.

“Alhamdulillah sekarang dah okey cuma ada masa macam masih terasa sakit. Ada masa emosi saya okey untuk bercakap perkara itu. Tapi, kadang-kadang dia memang datang dan pergi begitu saja.

“Hari itu saya ada pergi majlis kahwin kawan baik saya, memang ingat nak pergi untuk berseronok. Itu kali pertama majlis nikah yang saya pergi selepas pemergian arwah bapa.

“Tapi tiba-tiba saya kena ‘panic attack’, rasa macam tak boleh bernafas. Kemudian saya keluar dari dewan sekejap untuk tenangkan diri semula,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran drama Viu Original, Dendam Bayangan, semalam.

Dedah pelakon drama Ikatan Terlarang itu lagi, emosinya terganggu kerana menyaksikan saat sahabat baiknya itu dinikahkan bapa kandung sendiri, satu momen berharga yang tidak akan mampu dirasainya sebagai seorang anak.

“Keadaan itu berlaku sebab saya tengok kawan baik saya dinikahkan ayahnya, itu pengalaman yang saya tak dapat nak lalui.

“Selepas saya keluar dewan, saya ambil masa untuk tenangkan diri. Saya beritahu pada diri sendiri banyak kali yang ini adalah hari bahagia kawan saya.

“Memang saya tak nak buat hari itu tentang saya, cuma perasaan itu tak dapat dikawal. Ada beberapa kawan saya juga bantu, tenangkan saya dan bila saya rasa dah okey, saya masuk dewan semula,” kongsinya.

Meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara itu mengakui proses penyembuhan mengambil masa dan dia memilih untuk terus kuat meneruskan kelangsungan hidup.

“Tak tahulah, kesedihan ini pelik. Kadang-kadang kita okey, kadang-kadang kita tak okey.

“Jadi, saya masih cuba dan teruskan sahaja,” ujarnya.

Erysa yang juga anak kepada dramatis, Datin Noniswara Baharudin, itu sebelum ini ada meluahkan kesedihannya yang tidak mampu dibendung akibat kehilangan insan yang sangat rapat dengannya itu. Kehilangan bapa juga meninggalkan satu kekosongan besar dalam hidupnya.

Namun, sebagai individu yang telah dewasa, pelakon Aku Bukan Ustazah itu selalu mengetepikan perasaan sedih demi memenuhi komitmen kerja yang telah dijadualkan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tak boleh bernafas tengok momen sahabat dinikahkan bapa’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved