“Tak boleh buat gambaran ghaib” – Filem Seram Indonesia ‘Siksa Neraka’ Kena Banned Di Malaysia?

Entertainment
9 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Disember lalu, viral di media sosial mengenai filem seram dari Indonesia, ‘Siksa Neraka’ yang memaparkan suasana seperti dalam neraka serta seksaan yang dikenakan kepada para pendosa.

Disebabkan itu, seorang mak nyah dari Indonesia telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selepas menonton filem tersebut. Dia juga berubah kepada fitrahnya semula dan tidak lagi menggayakan pakaian wanita.

Namun, bagi mereka yang menantikan tayangan filem tersebut, berita sedih untuk anda kerana filem itu telah pun haram ditayangkan di Malaysia dan Brunei. Berita ini telah disahkan oleh Antenna Entertainments melalui akaun X.

image is not available

Filem adaptasi daripada komik

Menurut CNN Indonesia, filem ‘Siksa Neraka’ mula ditayangkan di Indonesia pada 14 Disember 2023 dan filem itu merupakan adaptasi daripada senaskhah komik yang berjudul sama. Komik itu dikarang oleh MB Rahimsyah dan sempat popular beberapa dekad yang lalu.

Difahamkan, ada beberapa naskhah komik yang dijual pada ketika itu dan jalan penceritaan serta ilustrasi kartun komik itu agak seram kerana menggambarkan pelbagai jenis seksaan neraka kepada para pendosa.

image is not available

Alam ghaib tak boleh digambarkan

Menurut Irsyad Al-Fatwa Siri 55 yang bertajuk ‘Pengarah Filem Muslim Mengarah Filem Berkenaan Ghaib (Masa Depan)’, menyatakan cerita yang menggambarkan perkara-perkara dahsyat tidak boleh dijadikan filem oleh mana-mana pengarah filem.

Nasihat daripada Mufti Wilayah Persekutuan kepada para pengarah filem untuk mengelakkan kekeliruan dan syirik kepada Allah SWT.

  1. Jangan menggambarkan perkara yang ghaib seperti azab kubur.
  2. Bertindak sebagai kafir, mencela Islam dan syirik adalah dilarang bagi seorang mukmin kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kebenaran walaupun hanya perbuatan
  3. Jangan berlakon dalam mana-mana adegan lucah
  4. Pilihlah menutup aurat dan memakai pakaian yang sesuai selari dengan kesopanan budaya timur dan Melayu.

Namun setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai pengharaman filem ini ditayangkan di Malaysia.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa alam ghaib tidak boleh digambarkan kerana telah melangkaui akal fikiran manusia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.