Tak Boleh Dibawa Masuk Masjid, Jenazah Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dikebumikan Di Kawasan Dijarakkan

21 May 2024 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenazah suspek yang melakukan serangan di Balai Polis Ulu Tiram disemadikan dengan satu jarak jauh daripada liang lahad orang awam. Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor di mana cara pengebumian suspek itu telah dibincangkan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad pada Jumaat lalu.

Antaranya, jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja. Malah, jenazah suspek tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

“Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain.”

Tindakan menjarakkan kubur tersebut dariapda liang lahad lain adalah sebagai satu peringatan buat masyarakat agar tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

image is not available

“Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek lebih lebih lagi membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek.”

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya.”

Untuk rekod, dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, 3 individu disahkan maut iaitu 2 anggota polis serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis dilaporkan cedera.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.