“Tak Boleh Expose Macam Tu” – Pertama Kali Mengundi, Leona Ditegur Tunjuk Kertas Undian

16 Nov 2022 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok yang mengundang perdebatan orang ramai.

Menerusi video tersebut, Leona dilihat berkongsi keterujaan untuk membuat undian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 buat kali pertamanya secara undi pos.

Malah, pempengaruh media sosial berusia 20 tahun itu turut sempat menunjukkan kertas undian PRU di media sosial.

image is not available

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menjadi perbalahan pengguna media sosial kerana tindakan Leona itu boleh menyebabkan undiannya menjadi rosak gara-gara nombor siri dan maklumat pengundi telah didedahkan kepada umum.

Berbeza pula dengan pendapat segelintir pihak yang memaklumkan tindakan itu tidak menjadi suatu masalah kerana dia masih belum menandakan tanda pangkah pada kertas undian itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memahami tindakan Leona itu terjadi gara-gara terlalu teruja memandangkan ini pengalaman pertamanya mengundi.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?" - Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved