‘Tak boleh harap dana dari langit’

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Tak boleh harap dana dari langit’

KUALA LUMPUR: Pimpinan kerajaan diingatkan supaya tidak hanya mengharapkan peruntukan menerusi belanjawan semata-mata, sebaliknya perlu memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak khususnya bagi melonjakkan sektor teknologi dan inovasi ke tahap lebih tinggi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan hanya menunggu peruntukan kerajaan tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Madani yang kini mengamalkan pendekatan berbelanja dengan cermat.

Katanya, peruntukan diberikan dalam Belanjawan 2027 ada hadnya bagi mengelakkan hutang lebih tinggi.

“Peruntukan tambahan itu ada hadnya kerana kita tidak boleh hutang tinggi. Kita tidak boleh mengharapkan dana dari langit. Ia dana daripada cukai dan kita tidak berupaya nak tingkatkan cukai. 

“Oleh itu, kita kena harus lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Sebab itu rakan-rakan Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah, ada pertemuan untuk melihat selalu dalam kerangka makro,” katanya dalam Majlis Perasmian Pelancaran Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE 2026) di sini, hari ini.  

Anwar berkata, semua pimpinan harus memanfaatkan sumber sedia ada termasuk memantapkan sinergi di antara badan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita ada kekangan tetapi kena berusahalah. Ini dapat mengurangkan beban kerajaan daripada sudut penyelidikan. 

“Dana untuk penyelidikan tentu ditambah. Awal Oktober, kita akan munculkan Belanjawan Negara,” katanya.

Beliau turut memberitahu, belanjawan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kapasiti sains, inovasi dan teknologi akan tetapi ditambah mengikut kesesuaian dan berdasarkan kemampuan kerajaan.-UTUSAN

The post ‘Tak boleh harap dana dari langit’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved