Aliff Aziz Bersuara Isu Pelakon Kedua Tampan Di Malaysia, Jalani Uji Bakat, Bukan Harap Rupa Semata-Mata

LocalEntertainment
10 Aug 2026 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, nama pelakon dari Singapura Aliff Aziz menjadi bualan lagi apabila digelar pelakon kedua tampan di Malaysia.

Tokoh seni, Dato’ M. Nasir memberi jawapan itu ketika ditanya mengapa memilih Aliff untuk memegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu.

Aliff Aziz anggap M Nasir bergurau

Terbaru, Aliff dalam laporan Sinar Harian berkata, dia menganggap sebarang kenyataan mengenai paras rupanya itu hanyalah seloroh semata-mata.

Image from: Aliff Aziz Bersuara Isu Pelakon Kedua Tampan Di Malaysia, Jalani Uji Bakat, Bukan Harap Rupa Semata-Mata
Kredit foto: Haiselebriti.com

Dia menegaskan bahawa matlamat utamanya adalah untuk memberikan komitmen penuh terhadap karakter yang diamanahkan, berbanding terlalu memikirkan persepsi fizikal.

Saya fikir Datuk M Nasir hanya bercanda dan bergurau saja. Saya mahu fokus bagaimana untuk hidupkan watak Sultan Mansur Shah. Ini tidak semestinya mengenai apa yang watak itu ada atau bagaimana rupa dan sebagainya.

Buktikan bakat menerusi sesi uji bakat

aliff aziz

Aliff turut mendedahkan peluang emas tersebut tidak hadir sekelip mata. Beliau menepis andaian bahawa pemilihan tersebut bersandarkan rupa paras semata-mata, sebaliknya menegaskan perlu melalui proses saringan uji bakat merangkumi pelbagai aspek seni persembahan.

Pada pendapat saya, di mata mereka, mungkin saya ada rupa yang mereka inginkan untuk watak Sultan Mansur Shah. Jadi, ia bermula dari situ dan sudah semestinya kami perlu menjalani uji bakat untuk nyanyian, lakonan dan pergerakan. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan, tetapi saya fikir ini adalah rezeki. Saya sangat berterima kasih kepada Datuk M Nasir dan Datin Marlia kerana beri kepercayaan untuk saya memainkan watak utama dalam pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu ini.

Peluang bergandingan dan mendapat bimbingan daripada tokoh ternama industri disifatkan sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Menurut Aliff, pengalaman berada di dewan latihan memberi ruang luas untuknya menyerap segala tunjuk ajar yang diberikan.

Beliau tidak lokek dengan ilmu. Apa saja yang saya tanya, akan diberikan pencerahan. Kadang-kadang ketika kami sedang menjalani latihan, saya tengok beliau tutup mata dan menghayati.

Pementasan teater yang dianjurkan oleh Roman Abadi bersama Icon Entertainment ini bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan,

Teater ini turut dibintangi barisan pelakon terkemuka tanah air iaitu Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Fadhli Masoot, dan ramai lagi.

The post Aliff Aziz Bersuara Isu Pelakon Kedua Tampan Di Malaysia, Jalani Uji Bakat, Bukan Harap Rupa Semata-Mata appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved