Tak Boleh Ke Tandas, Lelaki Lumur Najis Pada Wajah Anggota Penyelamat

15 Jan 2025 • 8:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan melumur ‘najis’ pada wajah seorang anggota penyelamat selepas permintaannya untuk menggunakan motosikal milik penyelamat tersebut untuk ke tandas ditolak.

Insiden tersebut berlaku selepas lelaki berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di wilayah Chachoengsao, Thailand.

Lelaki berusia 57 tahun yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, merempuh sebuah kereta di lampu isyarat di Jalan Siri Sothorn, daerah Bang Pakong, Thailand.

Lelaki itu kemudiannya memohon agar anggota penyelamat yang dikenali sebagai Thitipakin untuk meminjamkan motosikalnya supaya dia dapat pergi ke stesen minyak berhampiran untuk menggunakan tandas.

Bagaimanapun, Thitipakin menolak permintaan tersebut kerana bimbang keselamatan lelaki itu yang jelas berada dalam keadaan mabuk.
Keengganan Thitipakin membuatkan lelaki itu naik marah dan bertindak agresif.

Dia kemudian melumurkan najisnya sendiri pada wajah penyelamat itu sambil berkata,

“Saya sudah katakan saya perlukan tandas. Percaya sekarang?”

Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandu berkenaan berdiri di tengah jalan dengan seluar yang dipenuhi kotoran itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap lelaki tersebut. Namun, berdasarkan kes serupa, dia mungkin didenda antara 2,000 hingga 10,000 baht atas kesalahan di bawah Seksyen 78 Akta Pengangkutan Darat: menyebabkan kerosakan kepada harta benda orang lain semasa memandu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved