
Pengguna aplikasi TikTok mesti pernah ternampak komen tentang “Tak boleh lawan Nisa Ai” yang membanjiri ruangan komen majoriti video yang dimuat naik di media sosial itu.
Komen tersebut mengundang tanda tanya pengguna tentang siapa individu yang bergelar ‘Nisa Ai’, dan ada juga segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan trend tersebut.
Susulan penularan komen berikut, tuan badan sendiri menerangkan perkara itu bermula selepas dia memuat naik satu tarian dengan lagu latar Thailand. Trend itu diikuti oleh seorang individu lain, namun dibandingkan dengan peminat Nisa dengan komen “Tak boleh lawan Nisa Ai”.
BERITA TRENDING: Ini Kisah Guru Yang Tinggal Dalam ‘Rumah Stor’ Bersaiz 2.74 Meter Lebar & 4.87 Meter Panjang
@nesslow_ Harap korang semua faham ??❤️
♬ Crolatte - Sped Up - Yunan Helmi




