“Tak Boleh Makan Bab*” – Lakonan Pertama Influencer Sabrina, K-Drama Ini Papar Watak Muslim Dibuli

Entertainment
28 Aug 2023 • 6:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semakin K-Drama dikenali secara global, semakin banyak topik sensitif yang disentuh oleh plotnya bagi memaparkan plot unik.

Terbaru, satu drama web bertajuk “Girl In The Mirror” telah tular di sekitar laman media sosial kerana menyelitkan satu watak Muslim di mana ia dilakonkan oleh pempengaruh popular dari Malaysia iaitu Sabrina.

Baru sahaja menayangkan episod pertama di saluran ‘Casually’, ianya membawa kisah seorang gadis berbadan besar yang dibuli di sekolah dan Sabrina membawa watak yang turut dibuli kerana berbeza agama dengan yang lain serta memakai hijab.

Antara salah satu babak yang tular di mana wanita itu menjelaskan mengenai sebab haram memakan babai turut menjadi perhatian,

Jangan apa-apa yang disembelih atas nama Tuhan, sama ada dipukul atau dicekik.

Komen penonton,

Saya gembira K-Drama kini semakin pelbagai.

 

Seronok dia terangkan mengenai makanan halal.

 

Sabrina pandai mengawal ekspresinya.

 

Cantiknya dia.

 

Setiap dialognya disebut dengan fasih, Sabrina memang genius dan berbakat.

 

Lain level lah Sabrina.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.