“Tak boleh makan banyak dah”, Aidil Afiqzam ubah rutin sepanjang Ramadan

6 Mar 2026 • 6:30 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pemain sayap futsal Selangor FC Muhammad Aidil Afiqzam Mohd Nasir mengakui rutin hariannya berubah sepanjang bulan Ramadan apabila perlu menyesuaikan jadual latihan dan pemakanan bagi mengekalkan prestasi di gelanggang.

Menurut pemain berusia 20 tahun itu, latihan bersama Selangor FC kini diadakan pada waktu malam berbanding hari biasa.

“Pada hari biasa kami menjalani latihan dari pukul 6 petang hingga 8 malam, tetapi sepanjang Ramadan latihan bermula pukul 8 malam hingga 10 malam. Jadi saya perlu lebih menjaga pemakanan semasa berbuka,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

image is not available

Tambahnya lagi, intensiti latihan tetap sama seperti hari biasa kerana jurulatih menuntut komitmen serta disiplin tinggi daripada setiap pemain di dalam gelanggang.

“Walaupun berpuasa, intensiti latihan masih sama kerana jurulatih mahu semua pemain memberi komitmen penuh dan mengekalkan disiplin ketika berada di dalam court,” jelasnya.

Berkongsi mengenai pemakanan sepanjang Ramadan, Aidil berkata dia biasanya mengambil makanan ringkas untuk memastikan tubuh kekal bertenaga tanpa menjejaskan latihan berintensiti tinggi.

View this post on Instagram

A post shared by KELME.MY (@kelmemalaysia)

“Biasanya ketika sahur saya makan kurma, kemudian masak ringkas seperti nasi, sardin dan telur separuh masak. Semasa berbuka pula saya selalu beli kuih-muih di bazar sebab ia lebih ringan sebelum latihan,” katanya.

Namun begitu, Aidil mengakui cabaran utama sepanjang Ramadan adalah menyesuaikan jumlah makanan berbanding sebelum berpuasa.

View this post on Instagram

A post shared by 𝒶𝒾𝒹𝒾𝓁𝒶𝒻𝒾𝓆𝓏𝒶𝓂. (@aidilafiqzam._)

“Sebelum Ramadan saya makan agak banyak untuk menambah tenaga semasa latihan. Tetapi bila puasa, saya perlu kurangkan makanan yang biasa saya ambil untuk menjaga pemakanan,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil memaklumkan jadual cuti Hari Raya masih belum dimuktamadkan, namun terdapat kemungkinan pasukan akan memulakan sesi pra musim selepas sambutan Aidilfitri. – MYBERITA

View this post on Instagram

A post shared by 𝒶𝒾𝒹𝒾𝓁𝒶𝒻𝒾𝓆𝓏𝒶𝓂. (@aidilafiqzam._)