“Tak buat hal tak sah!” – ‘Oyen’ Naik Lori Sayur, Nak Ikut Pergi Singapura

Entertainment
2 Jun 2023 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdapat satu streotaip terhadap kucing berwarna oren, di mana mereka ini sangat nakal dan sukar untuk dijaga.

Sama seperti tweet yang tular baru-baru ini, seekor kucing berwarna oren yang dipanggil ‘Oyen’ sesat dan masuk ke dalam lori sayur yang sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura.

Menurut laporan Kosmo!, perkongsian tweet oleh @syftn_ itu menceritakan kucing tersebut dijumpai pemandu lori berkenaan ketika dalam perjalanan untuk pemeriksaan pihak berkuasa di sempadan negara jiran.

Disebabkan terkejut, pemandu lori tersebut bertindak mengurung si Oyen itu ke dalam sangkar buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan.

Kemudian, pemandu lori itu meminta tolong kakak ipar pengguna tweet itu yang bekerja di bahagian eksport di Singapura untuk membawa balik.

“Saya ada membuat hantaran di Facebook. Lama kami menunggu, tetapi tiada siapa yang ‘claim’. Oleh sebab itu, kami sekeluarga ambil keputusan untuk menjaganya.

Pada malam pertama, Oyen langsung tidak berbunyi. Dia hanya merayau sekeliling rumah. Apapun, kini Oyen sebahagian daripada ahli keluarga kami. Walaupun awak (Oyen) suka kacau orang masak dan makan, kami sekeluarga tetap sayang,” tulisnya.

Tweet berkenaan setakat ini telah mendapat lebih 3.6K retweets dan hampir 8K likes, rata-rata netizen memuji tindakan pengguna Twitter itu yang sanggup menjaga Oyen yang nakal itu.

image is not available

Kalau dah Oyen tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.