“Tak Buat Kajian Ke?” – HYBE & ILLIT Dikritik Dek Curi Nama Kelab Peminat Lisa BLACKPINK

EntertainmentMusic
22 Apr 2024 • 10:32 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nama kelab peminat ILLIT telah dikritik.

Pada 21 April, ILLIT telah melakukan siaran langsung di mana mereka telah mendedahkan nama kelab peminat mereka, “LILLY”.

Walaupun peminat mereka menyukai pilihan tersebut, netizen telah mengkritik nama itu diatas beberapa sebab, salah satunya kerana ia adalah nama sebenar Lily NMIXX.

Sebab yang lain pula kerana ianya sama seperti nama kelab peminat Lisa BLACKPINK iaitu Lillies/Lilies. Malah, nama ini juga telah digunakan selama bertahun-tahun oleh Lisa serta peminatnya.

Selepas pengumuman itu dibuat, rata-rata netizen serta peminat BLACKPINK telah meluahkan kekecewaan mereka terhadap HYBE serta ILLIT. Mereka turut menggesa agar nama tersebut ditukar secepat mungkin.

Komen netizen,

  • HYBE sangat pentingkan diri.
  • Syarikat ni tak habis-habis nak mencuri.
  • Melampau betul, mereka ni dah gila ke apa?
  • HYBE ni dah kenapa?
  • Lisa dah pakai nama ni selama bertahun-tahun, memang tak reti nak kaji dulu ke?
  • Syarikat ni makin lama makin teruk.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.