Kisah rakyat Palestin yang sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi ujian getir dikagumi masyarakat dunia. Ketabahan mereka juga membuatkan beberapa orang pempengaruh yang mengikuti perkembangan konflik yang berlaku di sana memeluk Islam.
Walaupun berdepan dengan keadaan yang sukar, rakyat Palestin dikatakan mempunyai pendekatan dan usaha untuk mencari jalan keluar dari kemelut yang dihadapi.
Anggota Lembaga Pengarah MyCARE Dr. Fauziah Mohd Hasan mendedahkan kepintaran rakyat di sana diluar pemikiran kita.
Dalam satu ceramah, Dr. Fauziah menceritakan salah satu jalan dibuat oleh masyarakat Palestin untuk mendapatkan zuriat ketika dalam tahanan zionis adalah dengan menyeludup sperma.
Dr Fauziah menceritakan bagaimana kepintaran orang . Apa pun masalah dan cabarang, they will find solution.
Kepintaran orang memang power pic.twitter.com/PTL2S8Utld
“Bila dah kena cekup, tak tahu bila akan keluar. Tetapi dia tak menyerah kalah, dia seludup sperma dari penjara dan bawak keluar, buat IVF dengan telur isteri dia,” katanya.
Dalam ceramah berkenaan juga beliau berkongsikan gambar si isteri yang gembira menerima kehadiran cahaya matanya.
Pada masa sama, Dr Fauziah menyatakan tentang kekaguman dengan usaha yang dibuat oleh rakyat Palestin.
“Saya tak dapat bayangkan macam mana dia bawa seludup sperma tu bawa ke Gaza dan sperma tu masih boleh hidup seterusnya dapat menghasilkan anak.
“Setiap masalah, mereka ada penyelesaian. Dia cari jalan macam mana nak selesaikan seperti kejadian pada 7 Oktober lalu, diserang pelbagai sudut tapi mereka cari jalan untuk selesaikan,” katanya.
Melalui satu perkongsian juga, ada yang mengatakan menonton melalui filem pendek cara rakyat Palestin menyeludup sperma dengan menggunakan pembugkus gula-gula. Namun terbit persoalan juga dengan bagaimana mereka memikirkan cara ketahanan sperma berkenaan.
i watched short film they smuggled using wrapper gula-gula. The resilience and revolutionary they had is beyond our thinking
Sumber: Ikram Johor, Zulfadhli Zin
The post ‘Tak dapat bayangkan bagaimana mereka seludup sperma, bawa ke Gaza & hasilkan anak’ – Dr Fauziah kongsikan usaha & kepintaran tahanan Palestin appeared first on The Reporter.





