Tak Dapat Main Liga Juara-Juara Eropah, Cristiano Ronaldo Bakal Tinggalkan Manchester United?

Football
3 Jul 2022 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang bolasepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah memohon secara rasmi untuk meninggalkan kelabnya, Manchester United.

Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo di Manchester United dilaporkan media Eropah selepas kegagalan kelab itu untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah. Menurut laporan dari ESPN, pemain berusia 37 tahun itu percaya dia masih boleh bermain secara kompetetif di peringkat elit untuk tiga ke empat tahun lagi.

image is not available

Untuk rekod, Ronaldo kembali menyertai semula Manchester United pada jendela perpindahan pemain awal musim lepas dari kelab Itali, Juventus. Perpindahan Ronaldo juga dikaitkan dengan beberapa kelab bolasepak besar Eropah yang lain, termasuklah Chelsea dan Bayern Munich.

Walau bagaimanapun, pengendali baru The Red Devils, Erik ten Hag menegaskan pemain Portugal itu adalah sebahagian daripada pemain dalam rancangannya untuk merebut gelaran juara liga dalam musim akan datang. image is not available

Sementara itu, Manchester United dalam satu laporan menyatakan penyerang mereka itu bukan untuk dijual.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved