Tak Dapat RM5 Beli Rokok, Penganggur Mengamuk Ugut Keluarga Dengan Senjata

14 May 2026 • 8:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang penganggur tergamak mengugut ahli keluarganya menggunakan pisau selepas tidak diberikan wang RM5 untuk membeli rokok dalam kejadian di Kampung Haji Matahir, Jalan Merotai Besar, Tawau pada Rabu.

Mengamuk permintaan tak dipenuhi

Menerusi kenyataan daripada Polis Daerah Tawau,  lelaki tempatan berusia 30 tahun berkenaan dikatakan mula mengamuk selepas permintaannya tidak dipenuhi oleh ibunya walaupun sebelum itu sudah diberikan wang RM2 untuk tujuan sama, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam tersebut.

Image from: Tak Dapat RM5 Beli Rokok, Penganggur Mengamuk Ugut Keluarga Dengan Senjata

Suspek bertindak agresif

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, suspek bertindak agresif dengan menendang perabot rumah serta mengeluarkan ugutan terhadap ahli keluarganya.

“Namun suspek yang juga lelaki tempatan itu bertindak marah sambil menendang perabot rumah dan mengeluarkan kata-kata ugutan.
“Suspek kemudian bertengkar dengan adiknya dan keadaan menjadi tegang apabila suspek naik semula ke rumah dan mengambil sebilah pisau pemotong daging lalu bertindak merosakkan bahagian pemegang motosikal menggunakan senjata itu,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Tak Dapat RM5 Beli Rokok, Penganggur Mengamuk Ugut Keluarga Dengan Senjata

Bimbang keselamatan keluarga, ibu suspek membawa keluar seorang lagi anaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bombalai.

Menurut Jasmin, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 8.30 malam pada hari sama hasil tindakan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai berjaya menahan suspek kira-kira jam 8.30 malam pada hari sama di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut.
“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dipercayai digunakan semasa kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber: Facebook Polis Daerah Tawau

 

The post Tak Dapat RM5 Beli Rokok, Penganggur Mengamuk Ugut Keluarga Dengan Senjata appeared first on Borak Daily.