Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox

Entertainment
25 Oct 2023 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika diperhatikan sekarang, sejak kebelakangan ini memang rancak pelbagai himpunan rakyat Malaysia melakukan solidariti sebagai tanda protes terhadap negara zionis, Israel bagi membela nasib Palestin.

Kebiasaanya untuk melakukan perarakan seperti ini, remaja bawah umur dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk turut serta bagi memastikan keselamatan mereka.

Namun begitu, mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan semangat mereka dalam menentang zionis. Oleh itu, mereka menggunakan satu idea kreatif yang telah memukau warganet dengan melakukan solidariti itu secara alam maya menerusi aplikasi permainan Roblox.

Video tersebut dikatakan tular dan telah mendapat perhatian daripada warganet dari beberapa buah negara dan dikatakan ada juga yang turut serta perarakan maya itu.

@devotedly.yours

Kids in Malaysia are protesting on Roblox for a free Palestine #palestine

♬ original sound – kurdفلسطين

Menerusi platform media sosial X, video ini telah meraih lebih daripada 21K perkongsian dalam masa 15 jam. Rata-rata netizen terhibur dan ada juga yang anggap ia adalah satu tindakan yang bernas kerana mempunyai idea yang begitu kreatif dan sangat comel.

Malah ada juga ahli keluarga yang menceritakan bahawa anak dan adiknya juga ada menyertai perhimpunan tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ok min tengah install Roblox ni.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.