“Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Pun Cukup Dah” – Hantaran Terbaru Isteri Nubhan Undang Sebak

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2025 • 2:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia isteri Nubhan Ig

Selepas berita mengejutkan tentang perpisahannya dengan penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil berkongsi momen menyentuh hati bersama anak-anak di Instagram.

Dalam perkongsian itu, dia dilihat memeluk erat anak-anaknya dengan wajah tenang, seolah-olah mencari kekuatan selepas perpisahan yang berlaku.

“Kehadiran dan doa kalian banyak beri kekuatan”

image is not available

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr. Fie turut berterima kasih kepada pihak media, sahabat dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat dirinya.

Kehadiran dan doa kalian banyak beri kekuatan.

Dia memohon maaf jika tidak dapat menjawab semua soalan namun sangat menghargai sokongan yang diberikan.

Hantaran Dr Fie undang sebak

image is not available

Dalam satu lagi perkongsian, Dr. Fie memuat naik gambar anak lelakinya dengan kapsyen, “Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ni pun cukup dah.”

Ungkapan itu nyata cukup menyentuh hati ramai netizen yang terus mendoakan agar Dr. Fie dan anak-anak kekal kuat menghadapi ujian berat ini.

Sebelum ini, menerusi laporan Berita Harian, Dr. Fie mengakui tidak menyangka akan diceraikan sekali lagi dalam hidupnya.

Sebelum ini, Nubhan didakwa pernah menceraikan Dr. Fie pada tahun 2017 ketika sedang hamil anak pertama.

Dia bagaimanapun reda dengan ketentuan takdir dan kini hanya mahu memberi tumpuan kepada anak-anak.

Pssttt! Gambar Dr. Fie bersama anak-anak cukup menggambarkan kasih seorang ibu yang tak pernah hilang arah walau diuji seberat ini. Kadang, kekuatan sebenar datang daripada senyuman kecil di depan mata. Semoga Dr. Fie terus kuat dan tabah melalui perjalanan barunya.

Kredit: Instagram Dr Fie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.