Netizen dakwa Nubhan jenis cakap, gurau kasar? – “Dr. Afifah lemah lembut, baik budi”

EntertainmentLifestyle
17 Oct 2025 • 10:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Belum lagi reda isu penceraian melibatkan penyanyi Nubhan bersama isterinya Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, muncul pula dakwaan netizen mengatakan lelaki tersebut dilihat sebagai seorang yang kasar.

Jenis gurau kasar?

Menerusi perkongsian di Threads, netizen mula mendakwa Nubhan merupakan seorang suami yang ‘redflag’ selepas kenyataan demi kenyataan dilaporkan media sebaik selesai prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.

image is not available

Media melaporkan, Dr. Afifah yang juga doktor gigi mengakui terkejut apabila diceraikan suaminya pada 26 Ogos lalu, ketika berada di dalam kereta selepas keluar menikmati makan malam bersama.

Tambahnya, dia tidak menyangka lafaz cerai akan diulangi semula selepas kejadian pertama pada 2017, ketika dirinya sedang hamil anak sulung dengan kandungan berusia enam bulan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet meninggalkan komen negatif mendakwa Nubhan melayani isterinya dengan kasar ketika mereka menonton siaran langsung di media sosial.

Malah, ada juga warganet yang memberi sokongan buat Dr. Afifah atas ujian yang dilaluinya dan memberitahu dirinya layak mendapatkan suami yang jauh lebih baik berbanding penyanyi terbabit.

Kalau tengok ‘live’, cakap dan gurau kasar sangat dengan isteri?

image is not available

Panas baran?

image is not available

Isteri pula baik budi dan adab

image is not available

Layak dapat lebih baik?

image is not available

Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber: Threads mStar