
Bila sebut pasal kucing, kucing Oyen pasti menjadi sebutan ramai pencinta kucing.
Mana tidaknya, kebanyakan perkara pelik atau kejadian unik pastinya dilakukan oleh kucing ‘Oyen’.
Ada yang memanggil kucing Oyen ada juga yang memanggil Garfield kerana kenakalan kucing itu.
Satu video berkaitan dengan kucing Oyen menjadi tular, apabila pemilik kucing itu merakam kejadian dimana Oyen ‘menculik’ seekor anak itik.
Oyen membawa pulang anak itik itu dari tempat asal sebelum ditemui tuannya.
Gelagat Oyen sememangnya mencuit hati dan pada awalnya tidak mahu melepaskan anak itik itu.
Difahamkan, sebelum ini Oyen bukan sahaja membawa pulang anak itik malah ibu itik turut menjadi mangsanya.
Bukan main power Oyen siap bawa balik ibu itik, apa nak jadi dengan Oyen ni.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
