Uyaina Arshad Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, - “Bukan Pengumuman Biasa”

7 Aug 2025 • 8:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara TV, Uyaina Arshad mengumumkan berita gembira dirinya kini sedang hamil anak ketiga menerusi satu perkongsian video di Instagram. 

Dalam hantaran tersebut, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi beberapa perkembangan terkini dalam hidupnya, termasuk kehamilan terbarunya.

“Saya kini hamil tiga bulan anak ketiga saya. Kejutan! Dan ini sememangnya bukan pengumuman kehamilan yang biasa.” tulisnya. 


Perkongsian tersebut nyata mengejutkan warganet dan rakan selebriti yang lain dengan khabar baik itu. 

Ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebiriti yang mengenalinya. 

Antara komen yang ditinggalkan:

“Hahahahhahaha anyway.  Alhamdulillah moga Allah pelihara kandungan dan diberikan keafiatan,” komen Neelofa.

“I tunggu next episode. Congratulations Uyaina. Semoga dipermudahkan urusan dan sihat sentiasa,” komen Hawa Rizwana.

“Congratulations Yana So happy for you!!,” komen netizen. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved