“Tak faham sastera ke?’- Ada Warganet Kecam Tajuk Drama Matahari Tak Bercahaya?

Entertainment
15 Oct 2022 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda masih ingat ketika kita belajar bahasa Melayu di sekolah menengah dulu bahawa dalam bahasa ibunda kita ni, ada makna tersurat dan makna tersirat. Perkara tersirat dalam sesebuah karangan, puisi atau cerpen sangat penting sebab ia mengajar kita untuk befikir lebih mendalam.

Baru-baru ini, tular pula di Facebook apabila ada segelintir warganet yang mengecam tajuk drama terbaru yang bakal ditayangkan di TV3 nanti iaitu drama Matahari Tak Bercahaya.

Andai suatu hari matahari tak lagi bercahaya, masihkah ada sinar dalam hidup kita?Cerita Asal : Mira MustaffaSkrip…

Posted by TV3 Malaysia on Thursday, October 13, 2022

 

Tajuk drama lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin itu dikatakan tidak logik kerana matahari kan memang bercahaya.

image is not available

Ada netizen yang sehingga mengatakan tajuk drama itu seperti ditulis oleh budak sekolah yang gagal peperiksaan subjek sains.

image is not available

Namun, ada warganet lain yang tampil mempertahankan pemilihan tajuk drama itu kerana ia sangat puitis dan tajuk itu dibuat menggunakan unsur gaya bahasa sastera Melayu.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa tajuk itu sangat tersirat.

image is not available

image is not available

Untuk pengetahuan semua, drama telefilem ini mengisahkan tentang wanita yang dijangkiti HIV secara tidak sengaja selepas berlaku satu kesilapan.

image is not available

Difahamkan juga, ia diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

image is not available

Apa-apa pun, plot cerita ni memang nampak menarik dan lain daripada yang lain sebab bukan cerita cinta atau drama pukul 7 tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article