Tak Fokus Hanya Pada Storyline, Ini Antara Drama & Filem Yang Guna 'Hidden Details' Untuk Cerita Latar Belakang Karakter

15 Aug 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penceritaan sememangnya kunci utama dalam mana-mana drama mahupun filem. Akan tetapi, sesetengah drama dan filem bersifat lebih kreatif dengan mengimplikasikan perincian-perincian secara halus bagi menggambarkan latar belakang di sebalik karakter yang diketengahkan.

Berikut merupakan antara drama dan filem yang menerapkan elemen tersebut:

Cady & Regina (Mean Girls)

image is not available


Watak Cady (Lindsay Lohan) yang pada awalnya bersifat naif akhirnya berubah sikap apabila dirinya berjaya menyertai kumpulan remaja perempuan paling popular di sekolah yang diketuai oleh Regina George (Rachel McAdams). 

Terpengaruh dan mahu mengambil gelaran remaja paling popular di sekolah, Cady mula berpakaian seperti Regina. Antara yang dapat dilihat adalah rantai Cady yang seakan-akan menyerupai rantai Regina. 

Eilis Lacey (Brooklyn)

image is not available


Mahu membina kerjaya di New York, Eilis (Saoirse Ronan) sanggup berangkat dari Ireland. Rindu dengan negara asalnya, Eilis dapat dilihat menggayakan baju berona hijau, putih dan jingga yang merupakan warna bendera Ireland. 

Septimus (Stardust)

image is not available

Bergelar sebagai putera Stormhold, Septimus (Mark Strong) merupakan anak bongsu dalam tujuh adik-beradik. Septimus bermaksud 'tujuh' dalam bahasa Latin. Perincian tersebut dapat dilihat menerusi baju Septimus yang memaparkan nombor tujuh dalam angka romawi. 

Jasmine (Aladdin)

image is not available

Puteri Jasmine dapat dilihat memperagakan pelbagai gaun dengan warna terang. Antara gaun yang meraih perhatian adalah gaun berwarna biru kehijauan yang mempunyai elemen burung merak disertakan dengan hiasan manik. Baju tersebut sebenarnya metafora tentang burung merak yang terperangkap dan inginkan kebebasan sama seperti Puteri Jasmine. 

Khalif (X-Change)

image is not available

Perubahan warna terhadap baju Khalif dapat dilihat daripada warna putih, ke kelabu dan akhirnya warna hitam. Perubahan warna pakaian itu sebenarnya merupakan petunjuk terhadap perubahan sikap Khalif yang semakin lama semakin terdedah kepada perbuatan buruk seperti mencuri, bergaduh dan membunuh. 





ATAU