“Tak guna senduk pun”- Tular Video Warga Asing Jaja Makanan Tepi Jalan, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Bertindak

Entertainment
20 Apr 2024 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan seorang individu dipercayai warga asing telah menjaja makanan di tepi jalan di Kuala Lumpur.

Video tersebut telah meraih tontonan lebih 400 ribu daripada pengguna media sosial.

Dapat dilihat dalam video itu, peniaga warga asing itu sedang membungkus makanan sambil dikeliling oleh pelanggan-pelanggannya.

 

Melihatkan video tersebut, ada warganet yang telah menyamakan peniaga itu dengan sikap penjaja makanan jalanan di negara India.

Dalam video itu juga, dapat dilihat peniaga itu menggunakan sebuah troli pasar raya untuk meletakkan barang-barang jualannya.

Difahamkan, penjaja makanan itu telah berniaga di Jalan Hang Tuah, berhampiran Masjid Al-Bukhary pada setiap Jumaat, lapor Sinar Harian.

Rata-rata warganet juga menggesa pihak berkuasa seperti DBKL dan KKM untuk mengambil tindakan kepada peniaga warga asing ini kerana dipercayai tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga di situ, lebih-lebih lagi dengan keadaan jualan makanannya yang dilihat tidak bersih.

image is not available

Apa-apa pun, kita tunggu respon daripada pihak berkuasa mengenai isu ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.