
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pasti ramai di antara kita yang pernah merasai minuman coklat jenama Nestle iaitu Milo daripada lori Milo terutamanya ketika zaman sekolah dahulu bukan?
Tidak dinafikan, ramai yang mengakui rasa minuman itu berbeza dan lebih sedap berbanding jika dibancuh sendiri atau dibeli di kedai.
Malah, ada yang merindui rasanya sehingga mencari resipi sebenar untuk membancuh minuman coklat berkenaan agar rasanya sama seperti yang dibancuh oleh pekerja lori Milo.
Pekerja lori Milo dedah resipi sebenar
Terbaharu, seorang pekerja lori Milo telah tampil mendedahkan ‘formula’ minuman itu yang selama ini menjadi tanda tanya ramai orang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @imanbeekunin, pekerja itu berkongsi resepi itu selepas ditanya oleh seorang lelaki.
“Okay bang, jawab jujur, kenapa (air) Milo dari lori tak sama dengan Milo biasa (yang dibancuh sendiri),” soal lelaki itu.
Pekerja lori Milo bancuh air ikut formula, takda gula dan susu
Menurut pekerja terbabit, minuman coklat berkenaan dibancuh mereka dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan.
Apa yang mengejutkan, pekerja itu menyatakan bahawa resepi sebenar Milo dibancuh tanpa campuran susu pekat atau gula pasir, hanya menggunakan serbuk Milo dan air kosong sahaja.
Jelas ianya berbeza dengan Milo yang dibancuh oleh kebanyakan daripada kita yang sudah terbiasa menambah susu pekat untuk mendapatkan rasa yang manis.
Berikut resipi Milo yang dikongsikan:
- 6 sudu teh
- Air 200ml
Mudah sahaja bukan, tak perlu pun letak susu pekat atau gula pasir seperti yang selama ini kita bancuh sendiri.
@imanbeekunin Akhirnya rahsia milo lori terbongkar !!!!! #lorimilo #fyp ♬ original sound – imanbeekunin
Ramai netizen tak sabar nak cuba resipi lori Milo
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak sabar ingin mencuba resepi air Milo yang dikongsikan oleh pekerja terbabit.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka tidak menyangka bahawa rasa sedap miniman coklat daripada lori Milo itu sebenarnya dibancuh tanpa menggunakan susu pekat atau gula.



