Tak hadir mahkamah, netizen ulas tindakan Hafidz Roshdi – “Elok je posting berbuka puasa”

27 Mar 2024 • 12:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen ulas tindakan Hafidz Roshdi selepas pelakon itu gagal menghadiri perbicaraan mahkamah bagi kes tuntutan hadanah dua anaknya semalam.

Menerusi satu perkongsian di Instagram bekas isterinya iaitu Shuhada Shukri, wanita itu telah memuat naik satu foto memaparkan dia bersama peguamnya di mahkamah.

Netizen ulas tindakan Hafidz Roshdi

Pada ruangan kapsyen foto itu, Shuhada memohon orang ramai untuk mendoakan kebaikan buat diri serta anak-anaknya, Humairah dan Umar.

“Allah hadirkan ujian untuk kita pilih, pilihan mana yang kita kejar, kejarlah Allah.

“InshaAllah, dipermudahkan segalanya walaupun perkara yang terberat sekalipun.

“Doakan saya dan anak-anak, Humairah dan Umar ya semua. Sesungguhnya doa kalian amat saya hargai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa netizen yang mengecam tindakan bekas suami Shuhada kerana seakan-akan sengaja tidak menghadiri perbicaraan pada Selasa.

Netizen ulas tindakan Hafidz Roshdi – elok je post berbuka

image is not available

Harap dia kena ban dari television

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang meninggalkan komen memberikan sokongan buat Shuhada agar dia sentiasa kuat menghadapi semua cabaran.

Doa saya selalu dengan awak

image is not available

Kita sentiasa sokong Shu dan anak-anak

image is not available

Bak kata Rita, jalan terus…

image is not available

Semoga Shu dan anak bahagia

image is not available

Sementara itu, semalam Shuhada meluahkan rasa kecewa kerana Hafidz sekali lagi tidak hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes tuntutan hadanah bagi anak mereka.

image is not available

Katanya, Hafiz seharusnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dengan memberikan kerjasama dan komitmen.

Sekadar info, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum sah bercerai pada 27 Julai 2023.

Hafidz kemudian menamatkan zaman dudanya dan berkahwin dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.

Sumber: Instagram Shuhada Shukri