Tak Hiraukan Rakan, Kanak-Kanak Lelaki Peluk Teman Wanita Raikan Jaringan Gol Bersama

Entertainment
19 Nov 2023 • 7:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tidak teruja apabila ahli keluarga atau kekasih hati datang untuk memberikan sokongan dan melihat aksi pemainan bola sepak lebih lagi ketika mewakili peringkat tinggi.

Bila dapat tahu mereka datang, pasti kita akan bermain bersungguh-sungguh untuk mempamerkan bakat sebenar dihadapan mereka.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berlari ke arah penonton untuk meraikan bersama selepas menjaringkan gol.

Namun apa yang terjadi ternyata mengejutkan apabila kanak-kanak itu memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai merupakan teman wanita.

Rakan sepasukan ingin meraikan gol itu bersama namun dibiarkan begitu sahaja kerana fokus penjaring adalah kekasih hatinya semata-mata.

Sweet tak?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article