“Tak hormat ke?” – Presiden FIFA Dikritik Lepas ‘Selfie’ Sebelah Keranda Pele

Entertainment
3 Jan 2023 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden FIFA yang penuh kontroversi, Gianni Infantino telah dilihat mengambil swafoto atau selfie bersebelahan keranda lagenda bola sepak, Pele.

Warga Itali itu adalah salah seorang daripada ramai orang yang memberi penghormatan terakhir kepada Pele yang merupakan satu-satunya pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Beliau meninggal dunia pada 29 Disember lalu, ketika usianya mencecah 82 tahun. Keranda Pele diletakkan secara terbuka (open casket) di Vila Belmiro, iaitu rumah kelab bola sepak lamanya, Santos.

image is not available

Ramai yang berkabung di situ termasuk isteri dan abang Pele, pun begitu ditengah-tengah air mata serta suasana hiba, Infantino dilihat tanpa segan-silu berswafoto tanpa menghiraukan orang lain.

Perkara tersebut mendatangkan kritikan ramai netizen, mereka menganggap perkara itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatan tidak sensitif dengan keluarga lagenda bola sepak antarabangsa tersebut.

image is not available

Selain itu, Infantino juga membuat kenyataan mengejut apabila menyeru semua 211 persatuan bola sepak kebangsaan untuk menghormati Pele dengan menamakan semula stadium bola sepak sempena dengan namanya.

Tak sopan lah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.