“Tak Ikhlas” – Ramai Rasa Dikhianati, BLACKPINK Dikritik Cuba Kawal Kemarahan Peminat

EntertainmentMusic
25 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada sahaja yang tidak kena apabila ia melibatkan BLACKPINK.

Semua mengetahui bahawa kumpulan wanita yang popular di serata dunia itu akhirnya berkumpul kembali untuk konsert jelajah mereka ‘DEADLINE’ selepas setahun aktif dengan karier solo masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelbagai kritikan dilemparkan mengenai kepulangan mereka. Antaranya ialah kerana kualiti merchandize untuk konsert yang tidak memuaskan, lagu baru yang hanya bakal diriliskan ketika konsert, serta ahli yang berkumpul untuk latihan hanya beberapa minggu konsert.

Hal ini membuatkan ramai BLINKs (peminat BLACKPINK) berpaling tadah kerana ramai merasakan mereka tidak serius dengan kepulangan ini dan tidak menghargai peminat yang sudah menantikan sekian lama.

image is not available

Setelah hal ini heboh di X, Lisa dilihat memuat naik mesej di laman peminat mengenai comeback mereka dan ramai menyifatkan usaha itu sebagai cara mereka untuk mengawal reaksi peminat.

Malah tak semena-mena, Jisoo memuat naik gambar tangan mereka bersama, menandakan mereka berkumpul untuk latihan konsert itu. Bahkan Lisa, Jisoo dan Rose turut memuat naik semula Instagram Story berkenaan.

Hal ini membuatkan para peminat merasakan bahawa BLACKPINK mungkin tak ikhlas dan hanya ingin meredakan kemarahan peminat dengan melakukan hal itu.

Apa kata mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.