Mesra Berpelukan, Riena Diana & Keith Foo Dikritik Netizen – “Gaya Macam Dah Lama Nikah…”

EntertainmentLifestyle
17 Jun 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo mendapat teguran dan kritikan daripada orang ramai selepas sebuah video tular memaparkan mereka bermesra dan berpelukan.

Video yang tular di TikTok itu menunjukkan Riena dan Keith tidak melepaskan pelukan masing-masing sambil merakamkan aksi tersebut.

Aktor berusia 42 tahun itu juga turut membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga kepada kekasih hatinya itu.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh akaun bisnes Inayah Beauty di mana mereka dipercayai mempunyai kontrak untuk kerjasama.

image is not available

image is not available

Meskipun hanya untuk ‘content’ namun aksi mereka berpelukan menimbulkan rasa kurang senang dan netizen memberikan pelbagai respon terhadap perbuatan itu.

Ramai netizen dilihat menasihati pasangan berkenaan untuk segera mendirikan rumah tangga kerana berpelukan itu adalah aksi yang tidak elok dipaparkan sekiranya mereka hanya pasangan kekasih.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 5 days ago

"Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin" - Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan