Tak Jadikan Kekurangan Sebagai Alasan, Semangat Pelajar Istimewa Jalani Hari Pertama Sekolah Jadi Perhatian [Video]

LocalFamily & Parenting
18 Feb 2025 • 12:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kebanyakan individu di dunia ini dilahirkan dalam keadaan sempurna dan normal seperti seorang manusia.

Namun, ada juga dijuji dengan ujian seperti keadaan tubuh badan yang tidak sempurna seperti orang lain.

Pun begitu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka dalam menjalani kehidupan seharian sebagai manusia biasa.

Kanak-Kanak OKU Teruja Pergi Sekolah, Tak Perlu Bantuan

Tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan, seorang kanak-kanak lelaki menjadi perhatian ramai apabila semangatnya pergi ke sekolah sama seperti kanak-kanak lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibunya di TikTok @sitiazah87, wanita yang dikenali sebagai Siti Azah Mohd Jinal berkongsikan keadaan anaknya pada hari pertama persekolahan.

Apa yang menjadi perhatian, kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah dilihat keluar daripada kelas tanpa memerlukan bantuan orang lain walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat Shairid berjalan menggunakan kedua-dua tangan yang ‘disarungkan’ selipar bagi memudahkan pergerakan serta kaki.

Kedengaran Siti Azah memberi kata-kata semangat kepada anaknya itu untuk terus berjalan seperti pelajar lain.

“Jalan dik, adik jalan. Jalan, jalan. Adik boleh tak? Baik-baik eh. Tengok orang tau, bye,” katanya.

Namun, kanak-kanak itu tetap terus meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat si cilik itu yang bersemangat menjalani hari pertama persekolahan sama seperti kanak-kanak lain.

Ada juga yang bersimpati melihat keadaannya yang terpaksa bergerak menggunakan kedua tangannya.

Malah, mereka berpendapat kanak-kanak itu sepatutnya diberikan kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakannya itu.

Mahu Anak Jalani Kehidupan Normal Seperti Kanak-Kanak Lain

Memetik mStar, Siti Azah menjelaskan anaknya yang berusia lima tahun itu baru sahaja memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha di Kota Tinggi, Johor.

Dia yang berusia 38 tahun itu mendedahkan Shairid menghidap sindrom Caudal Regression (CRS) iaitu dilahirkan tanpa lutut dan betis sejak lahir.

“Ya, anak saya OKU. Tapi sebagai ibu, saya mahu dia dalam persekitaran normal bersama kanak-kanak normal lain.

“Macam pagi tadi, cikgu tak bagi dia beratur jalan dari kantin ke perhimpunan sekolah. Tapi nanti dia tak rasa momen-momen di sekolah bersama kawan-kawan,” katanya yang dipetik dari mStar.

Dah Latih Anak Hidup Berdikari

Kongsi Siti Azah lagi, dia memang telah melatih anak bongsu dari lima beradik itu untuk berdikari berbanding usia dan keadaannya.

“Dia faham bila ada orang terkejut dengan keadaan dia. Macam sekolah di luar, ada budak tak tahu tanya ‘eei kaki dia kenapa?’ Tapi dia kuat, dia tak hiraukan dan tak berkecil hati pun.

“Anak saya ni memang budak yang sangat aktif, happy-go-lucky dan paling menyenangkan,” katanya.

Gementar Lihat Anak Melangkah Masuk Ke Alam Persekolahan

Sama seperti ibu bapa lain, dia yang bekerja sebagai suri rumah dan menjual kuih secara kecil-kecilan turut berasa gementar apabila melihat anaknya melangkah ke alam persekolahan.

“Masa dia lahir, kaki dia tidak bergerak. Masa enam bulan, ibu jari kaki baru bergerak. Dan mula merangkak masa umur setahun tiga bulan.

“Sekarang ini dalam keadaan macam tu, biarlah dia jalan ikut keselesaan dia.

“Biarpun tiada tapak kaki, dia mampu berdiri. Kalau dia berkerusi roda, siapa nak tolak dia?

“Lagipun cikgu kata IQ dia normal. Biarlah orang nak kata apa, saya mahu dia jadi lebih berdikari.

“Memang saya nak dia macam orang normal, bergerak bebas dan berdikari,” jelasnya.

Jadikan Semangat Anak Sebagai Sumber Inspirasi

Kongsi Azah lagi, dua orang anaknya turut belajar di sekolah yang sama dan membantu memantau keadaan adik mereka.

Malah, dia turut menjadikan semangat anak bongsunya itu sebagai inspirasi dalam menjalani kehidupan membesarkan anak-anak.

“Bila saya down, sedih, saya akan pandang anak yang sendiri kuat semangat, buat apa pun sendiri. Jadi, saya patut tunjuk diri saya lagi kuat dalam persekitaran normal,” katanya lagi.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Harap Ada Yang Boleh Sponsor Adik Ni Kerusi Roda, Kesian Dia, Maaf Dik, Acik Tak Mampu”

image is not available

“Masya-Allah, Semoga Adik Ini Sentiasa Dikelilingi Oleh Orang Yang Baik-Baik Untuk Adik Ini”

image is not available

“Good Job Ibu Ayah & Adik, Nampak Kesian Tapi Ibu Bapa Tengah Ajar Adik Ni Berdikari”

image is not available

Source: