'Tak jaga mata, jaga perut' – Zain Saidin titip nasihat buat Ammar, dedah rahsia hubungan erat dengan anak tiri

Family & ParentingLifestyle
17 Jul 2026 • 8:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Tak jaga mata, jaga perut' – Zain Saidin titip nasihat buat Ammar, dedah rahsia hubungan erat dengan anak tiri

BERGELAR bapa bukan sekadar soal pertalian darah, tetapi tentang kasih sayang, kepercayaan dan tanggungjawab yang dibina dari hari ke hari.

Bagi pelakon Zain Saidin, perjalanan hidupnya ternyata penuh dengan fasa yang tidak pernah disangka.

Bermula sebagai 'bapa segera' kepada dua anak Rozita Che Wan, kini dia pula melangkah ke satu lagi episod baharu apabila bergelar bapa mentua selepas anak tirinya, Ammar Effendy, selamat mendirikan rumah tangga.

Berkongsi keterujaannya, Zain mengakui dia bersyukur dapat melalui pengalaman yang cukup bermakna itu bersama keluarga yang dibinanya sejak lebih sedekad lalu.

"Saya syukur dah mula-mula jadi bapak instan, sekarang dah jadi bapak mentua instan juga. Alhamdulillah, syukurlah. Memang best," katanya sambil tersenyum.

Image from: 'Tak jaga mata, jaga perut' – Zain Saidin titip nasihat buat Ammar, dedah rahsia hubungan erat dengan anak tiri

Menurut Zain, melihat Ammar berkahwin pada usia 30 tahun mengimbau kembali perjalanan hidupnya sendiri yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 29 tahun.

Malah, sebelum berkahwin, Ammar juga pernah bertanyakan pengalaman dan persediaannya sebagai seorang suami.

Sebagai bapa tiri, Zain hanya mampu berkongsi pengalaman hidup yang dimiliki serta menitipkan doa agar rumah tangga anak tirinya sentiasa dipenuhi keberkatan.

"Saya cuba beri nasihat yang terbaik berdasarkan pengalaman yang ada. Saya doakan yang terbaik untuk Ammar dan isterinya.

"Nasihat saya mudah sahaja, sebagai suami kena pandai jaga hati isteri. Kalau boleh jaga makan minum dan ambil berat tentang pasangan, insya-ALLAH rumah tangga akan lebih bahagia," ujarnya.

Dalam masa sama, Zain turut berkongsi bagaimana isterinya, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, begitu menyayangi menantu sulung mereka.

Bercerita mengenai hubungannya dengan Ammar dan adiknya, Aniq Ezzra, Zain mengakui dia tidak pernah membezakan layanan terhadap anak tiri dan anak kandung.

Sejak mengenali Che Ta, Ammar baharu berusia tiga tahun manakala Aniq baru setahun, justeru dia membesar bersama mereka dan melalui setiap fasa kehidupan sebagai seorang ayah.

"Saya tahu saya bukan saja kena ambil hati mak dia, tetapi kena ambil hati anak-anak juga. Bagi saya, bila anak-anak boleh terima kita, semuanya jadi lebih mudah.

"Ammar masa kecil dah mula nak kenal dunia remaja, jadi saya banyak kongsi macam mana nak hormat perempuan, bercakap dengan baik dan jadi seorang gentleman," katanya.

Image from: 'Tak jaga mata, jaga perut' – Zain Saidin titip nasihat buat Ammar, dedah rahsia hubungan erat dengan anak tiri

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai cara dia membesarkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, Zain mengakui pendekatannya sedikit berbeza.

Jika Amar dan Aniq kini sudah dewasa dan berdikari, Aaisyah pula sentiasa menjadi perhatian kerana merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

"Dengan Aaisyah ni lain sikit. Anak perempuan pula tu. Memang kena jaga rapatlah," katanya sambil tertawa.

Bagi Zain, setiap anak mempunyai cara didikan yang berbeza mengikut usia dan keperluan masing-masing.

Image from: 'Tak jaga mata, jaga perut' – Zain Saidin titip nasihat buat Ammar, dedah rahsia hubungan erat dengan anak tiri

Namun, prinsip yang sentiasa dipegangnya tetap sama iaitu menjadi seorang ayah yang sentiasa hadir memberi sokongan, berkongsi pengalaman hidup dan memastikan setiap anak membesar dengan nilai hormat, kasih sayang serta tanggungjawab terhadap keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved