Tak Kahwin Dan Tiada Anak, Stephen Chow Wariskan Sebahagian Harta Kepada 2 Pelakon Wanita

EntertainmentMovie
8 May 2024 • 2:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
stephen chow

Siapa tak kenal dengan pelakon berasal dari Hong Kong iaitu Stephen Chow yang sering menghiburkan peminat melalui filem komedi lakonannya.

Terbaru, muncul pula khabar angin mengatakan pelakon ‘lejen’ ini meletakkan dua orang selebriti wanita antara penama yang akan mewarisi harta pusakanya.

image is not available

Beliau yang kini berusia 61 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga AS$185 juta atau RM877 juta. Namun, sayangnya pelakon ini tiada pewaris yang sah kerana tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Disebabkan itu, Stephen Chow membahagikan hartanya kepada keluarga terdekat dan sebahagiannya pula diberikan kepada dua heroin yang pernah melonjakkan namanya iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.

image is not available

Cecilia pernah muncul bergandingan dengan Stephen menerusi filem King of Comedy. Filem itu melayakkannya dalam pencalonan Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-19.

Bukan satu filem je, mereka kerap bergandingan dalam projek-projek lain seperti Shaolin Soccer dan The New King of Comedy.

Penama kedua yang dimasukkan dalam wasiat adalah Xu Jiao yang melakonkan watak anak Stephen dalam filem sains fiksyen CJ7.

image is not available

Sewaktu penggambaran filem itu, Xu Jiao baru je berusia 10 tahun. Watak yang dilakonkan Xu Jiao dalam filem itu melayakkan beliau memenangi Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong ke-28.

Difahamkan, Xu Jiao merupakan anak angkat kepada Stephen dan secara senyap-senyap membantunya secara kewangan.

Lapor sumber, wasiat yang ditulis tidak merujuk kepada wang semata-mata tetapi turut meliputi saham syarikat.

Namun setakat ini, tidak dapat disahkan mengenai desas desus yang tersebar disebabkan Stephen dalam keadaan sihat walafiat dan bakal menghasilkan rancangan realiti.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.