Tak ke mana jadi pelakon, Che Ta enggan anak ceburi industri seni – “Nak Aaisyah jadi ustazah”

EntertainmentFamily & Parenting
18 May 2026 • 4:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berharap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, memilih kerjaya yang mampu menjamin masa depan lebih stabil seperti bidang perniagaan berbanding dunia hiburan.

Nak Aaisyah jadi ustazah

Image from: Tak ke mana jadi pelakon, Che Ta enggan anak ceburi industri seni – “Nak Aaisyah jadi ustazah”

Menerusi perkongsian di TikTok, Che memaklumkan tidak mahu Aaisyah yang kini berusia 12 tahun menempuh cabaran hidup sebagai anak seni sehingga akhirnya terpaksa mencari sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan.

@rozitachewan1

bdk zaman alpha ni kita ckp sepatah , depa ada ja jawapan depa … ish sejuk pequt mummy kalau besaq nanti aaisyah jadi ustazah , tk payah la jadi artis aaisyah oiiiii .. mummy dgn daddy dah lalui , hujung2 kena caqi cabang lain demi meneruskan hidup yg selesa . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan

♬ original sound - ROZITA CHE WAN - ROZITA CHE WAN
“Saya bagi penampar nanti. Tidak perlu nak jadi pelakon atau penyanyi.
“Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak awak ini kena berniaga juga.
“Jadi ustazah kalau tak mahu, jadi usahawan wanita yang berjaya. Saya mahu awak jadi ustazah,” pintanya.

Dalam masa sama, Che Ta berkata dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, sudah melalui pelbagai pengalaman sebagai selebriti dan tidak mahu anak-anak mereka berdepan kesukaran sama.

Image from: Tak ke mana jadi pelakon, Che Ta enggan anak ceburi industri seni – “Nak Aaisyah jadi ustazah”

“Jadi ustazah sejuk sikit perut mommy dengan daddy.
“Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy sudah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa,” ujarnya,

Bagaimanapun, Aaisyah dilihat berseloroh apabila menegaskan ibunya tidak boleh menentukan sepenuhnya hala tuju kehidupannya pada masa depan.

“Ini perjalanan hidup saya, bukan awak. Mummy tidak boleh beritahu apa yang saya perlu buat atau mahu jadi,” tambahnya lagi sambil berseloroh.

Sumber: TikTok rozitachewan1

View Original Article