“Tak Kena Saman Ke?” – Netizen Pertikai Bunga Isme Pakai ‘Nose Piercing’ Dalam Univesiti

19 Oct 2022 • 2:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi rap Bunga Isme telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan penampilan terbaharunya yang telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari dilihat sedang berjalan sambil melakukan trend ‘Lipsync’ di aplikasi TikTok.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah aksesori hidung atau ‘Nose Piercing’ yang dipakai oleh penyanyi lagu Intan Payung itu.

Okay kelas habis dah gais #unipurple

Difahamkan, Bunga telah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam secara sepenuh masa.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Bunga memakai ‘Nose Piercing’ di dalam Universiti Awam berkenaan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan menyamakan perhiasan hidung itu seperti mata kail dan Keychain.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Ingat Aku Kafir Ke, Buka Minda Tu!" - Aaron Aziz Berang 'Tatu' Palsu Dituduh Tanda Salib