“Tak Kenal..” – Lee Soohyuk Akui Baca Semua Komen Buruk

EntertainmentLifestyle
24 Aug 2024 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penat kan kalau asyik terima komen buruk dari orang tak dikenali?

Dalam program “No Prepare”, Lee Soo-hyuk telah hadir sebagai tetamu dan berbual banyak bersama hos, Lee Young-ji. Apabila ditanya mengenai lama komuniti, jawab lelaki itu,

Saya membaca segala yang ada nama saya, selagi saya mampu. Sama ada komen negatif atau apa-apa pun, saya baca semuanya.

Apabila hos itu mendedahkan bahawa dia kerap terasa apabila membaca komen netizen, nasihat Lee Soo-hyuk,

Lama kelamaan, awak hanya akan memberi perhatian kepada orang yang meninggalkan kata-kata baik. Lagipun, bukankah mereka tak kenal kita?

Tambahnya, dia tahu peminat sebenar pasti mengenalinya dan tidak akan mempercayai khabar angin bukan-bukan yang mungkin direka oleh orang yang berniat buruk.

Betul cakap Lee Soo-hyuk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.