Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

11 Jun 2026 • 2:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengakui, tidak pernah berasa takut sekiranya ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya dalam persahabatan.

Tetap ikhlas dalam berkawan

Image from: Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

Menurut Cik B, dia memilih untuk berkawan dengan hati yang ikhlas dan soal dihargai ataupun tidak itu terserah kepada individu terbabit.

“Ramai tanya CikB takut tak orang gunakan CikB. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa,” ciapannya, hari ini.

Bagaimanapun, Cik B menegaskan bahawa sikap ikhlas tidak bermakna seseorang itu perlu meletakkan kepercayaan tanpa batasan terhadap orang lain.

Jelasnya, setiap individu tetap perlu mempunyai sempadan dalam perhubungan dan persahabatan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam situasi yang tidak diingini.

Image from: Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

“Tetapi berkawan berpada-pada,” ujarnya ringkas.

Kenyataan tersebut mencerminkan pendirian Cik B yang lebih mengutamakan keikhlasan dalam membina hubungan dengan orang sekeliling, meskipun menyedari kemungkinan dirinya dipergunakan oleh pihak tertentu.

Artikel lain: Digosipkan dengan Datuk Fazley, DSV takut mulut Cik B ‘masin’ -“Kita tengok sajalah”

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji cara Cik B yang dianggap dalam persahabatan dan mengakui gadis itu begitu ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Harap yang berkawan ikhlas

Image from: Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

Terbaik Cik B

Image from: Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

Kaya dan hebat

Image from: Tak kisah dipergunakan, Cik B akui tetap ikhlas dalam persahabatan

Sebelum ini, Cik B pernah menyatakan bahawa dia lebih selesa berkawan dengan individu yang sekepala dan serasi dengannya, selain menganggap cara seseorang berfikir lebih penting berbanding soal harta atau kekayaan.

Sumber: Threads cikb_havoc66