‘Tak Kisah Kaum Apa Jangan Salah Pasang Bendera!’ – Auntie Beri Amaran Sempena Bulan Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

3 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pencipta kandungan dikenali sebagai Zuhan Hamzah atau lebih mesra digelar sebagai YB TikTok berkongsi ‘amaran’ daripada penduduk sebuah flat bersempena bulan kemerdekaan ini terutamanya isu pemasangan bendera Malaysia yang salah.

Wanita Ingatkan Semua Rakyat Malaysia & Warga Asing Pasang Bendera Jalur Gemilang Dengan Betul

Menerusi video tersebut, seorang wanita memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum atau bangsa dan juga warga asing supaya memasang bendera Jalur Gemilang dengan betul.

“Ini bulan Merdeka korang jangan ada isu salah pasang bendera. Melayu, India, Cina, korang duduk luar masuk sini ke (warga asing) jangan buat hal.

“Korang tengok cara YB (Zuhan) pasang bendera. Korang tengok betul-betul,” sambil menunjukkan bendera yang sedang dipegang Zuhan.

Lelaki Kongsi Apa Maksud Warna, Simbol & Bilangan Jalur Pada Bendera Malaysia

Sementara itu, seorang lagi lelaki kemudiannya menjelaskan tentang maksud-maksud warna, simbol dan bilangan jalur pada bendera Jalur Gemilang.

“Kuning diraja, biru perpaduan, merah keberanian, putih kesucian, bulan dan bintang melambangkan Islam Persekutuan, 14 jalur dekat sini (melambangkan) 13 negeri, satu Wilayah Persekutuan,” katanya.

Dalam masa sama, Zuhan juga menunjukkan cara-cara yang betul bagi pemasangan Jalur Gemilang pada sebatang kayu bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasang bendera Malaysia pada masa akan datang khususnya pada bulan kebangsaan ini.

@zuhannn

Ayuh pasang jalur gemilang! #ybtiktok #merdeka #merdeka69 #malaysia

♬ original sound – zuhan hamzah – zuhan hamzah

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Tular Klinik Gigi Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Polis Buat Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Pada Kereta MPV, Polis Jalankan Siasatan [Video]

Individu Boleh Dipenjara Hingga 3 Tahun Atas Kesalahan Pasanga Bendera Secara Terbalik

Untuk info, isu penyalahgunaan Jalur Gemilang khususnya isu pemasangan bendera secara terbalik boleh disabit kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017).

Jika didapati bersalah, individu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Cara Pasang Jalur Gemilang Dengan Betul

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di bawah adalah panduan memasang Jalur Gemilang dengan betul:

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Pun Boleh Pasang Dengan Betul”- Influencer Minta OKU Pasang Bendera, Rupanya Ada Mesej Tersirat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Berkibar Terbalik Di Melaka, YB Duyong Tampil Dedah Puncanya [Video]

‘Kadang-kadang Dah Tahu Cara Pasang Bendera, Tapi Sengaja Nak Hina’ – Pengguna Threads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan amaran yang diberikan makcik tersebut mengenai pemasangan bendera.

“Bagus auntie. Tapi masalahnya geng pasang bendera terbalik tu bukan tak tahu pasang, tapi sengaja nak menghina,” kata seorang individu.

“Akak punya menekan-nekan tu bagus tau, mesti diorang tak berani salah dah haha,” tambah seorang lagi warganet.

‘Konten Hiburan, Tapi Ada Selit Pendidikan’ – Netizen

Malah ramai juga memuji konten bersifat pendidikan meskipun ada hiburan di dalamnya.

“Bagus konten positif macam ni. Tak ada nak sindir, hanya pendidikan,” ujar seorang pengguna Threads.

“Terbaik! Ada hiburan tetapi di dalamnya ada didikan. Selamat berkasih sayang di bulan kemerdekaan,” ujar seorang lagi pengguna Threads.

Sementara itu, segelintir individu turut mengingatkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih memasang bendera Jalur Gemilang dengan salah.

“Tahun ni siapa lagi pasang bendera terbalik tolonglah ambil tindakan tegas,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: ‘Tak Kisah Kaum Apa Jangan Salah Pasang Bendera!’ – Auntie Beri Amaran Sempena Bulan Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Video Jalur Gemilang Dinaikkan Terbalik Semasa Raptai Hari Kebangsaan Cetus Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Disengajakan” – Tun Mahathir Buka Mulut Isu Kontroversi Tiada Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved