Tak Kisah Kena Kutuk, Zarina Anjoulie Bangga Dengan Hidung ‘Baru’

EntertainmentBeauty
18 Oct 2024 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, meluahkan rasa puas hati dengan hasil pembedahan rekonstruktif hidung yang dilakukan sebulan lalu.

Walaupun menerima kritikan daripada netizen, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju, menyatakan bahawa dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Zarina berkongsi beberapa foto dirinya sebelum dan selepas pembedahan.

Bila tengok semula gambar-gambar lama, saya tak menyesal buat hidung, terutama bila lakukan penggambaran. Sudut sisi saya nampak lebih menarik.

Meskipun ada yang mengkritik hidung barunya terlalu menonjol, Zarina berkata bahawa itulah tujuannya melakukan pembedahan plastik untuk menghasilkan perubahan yang berbeza.

Saya tidak kisah apa orang lain mahu katakan, tetapi saya sangat menyukainya.

Orang cakap hidung saya terlalu menonjol, tetapi itu lah perubahan daripada pembedahan plastik tersebut untuk nampak lain daripada sebelum ini.

Kalau nak nampak sama, buat apa tujuannya lakukan pembedahan plastik?

Zarina memaklumkan dia berpuas hati dengan hidungnya yang kini lebih mancung dan tajam, dan tidak menyesali keputusannya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @anjoulielavocah1


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved