Tak lawak! Suami Fatin Afeefa buat prank, orang Malaysia pertama dijangkiti Monkeypox

LocalEntertainment
20 Aug 2024 • 7:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan, Aliff Awang yang juga suami kepada Fatin Afeefa buat prank di media sosial sehingga kembali menjadi bualan dan menuai kecaman, sejak semalam.

Menerusi video tukar, Aliff Awang yang lebih mesra disapa Opai dilihat memakai pelitup muka seolah-olah menunjukkan dirinya dalam keadaan tidak sihat.

Suami Fatin Afeefa buat prank

Aliff juga meminta individu yang berjumpa dengannya sejak dua tiga hari lepas untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang mereka juga akan dijangkiti virus virus monkeypox (cacar monyet)

“Buat sesiapa yang kenal saya dan berjumpa dengan saya sejak 2,3 hari lepas ni. Saya sarankan korang semua pergi check sekiranya anda semua positiflah.
“Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia. Saya minta maaf atas segala kesulitan yang terjadi. Tapi siapa yang bertemu dengan saya 2,3 hari ni pergi buat testlah,”katanya.

image is not available

Bagaimanapun, di akhir video, Aliff kemudian bertindak membuka pelitup mukanya lalu menggunakan filter wajah monyet sekali gus ketawa terbahak-bahak.

image is not available

Tak lawak! Benda serius

Perkongsian video ‘prank’ itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Mereka juga menganggap Aliff seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti dengan mempermainkan isu penyakit serius terutama semakin hangat menjadi bualan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sekadar info, penyakit cacar monyet di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu dilaporkan.

Jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes iaitu kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Sumber: TikTok zocketzz