Tak Mahu Handbag, Baju & Kasut, Shiqin Kamal Dedah Kenapa Pilih Alatan Memanah Sebagai Hantaran Nikah - "Ibarat Seperti Kami Bawa..."

25 Nov 2026 • 5:26 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tak Mahu Handbag, Baju & Kasut, Shiqin Kamal Dedah Kenapa Pilih Alatan Memanah Sebagai Hantaran Nikah - "Ibarat Seperti Kami Bawa..."

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pelakon, Shiqin Kamal tampil menjelaskan sebab dirinya dan suami, Mika Irfan memilih alatan memanah sebagai sebahagian dari hantaran perkahwinan  mereka.

Shiqin atau nama penuhnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 35 berkata pemilihan tersebut dibuat memandangkan mereka masing-masing ada kepakaran dan meminati bidang memanah berkuda.

Menurutnya lagi, alatan berkenaan bukan sahaja menjadi simbolik cinta mereka, namun akan dibawa ke mana-mana sahaja di setiap pertandingan yang mereka sertai.

"Irfan merupakan seorang jurulatih memanah dan berkuda serta atlet kebangsaan memanah berkuda. Pada awalnya saya memang minat kuda. Memang belajar memanah tapi bukan dengan dia, dengan orang lain dan belajar berkuda juga.

"Bila kita nak kahwin ini, saya tak nak hantaran-hantaran seperti beg tangan, baju, kasut semua. Saya ajak dia untuk ada sebuah set memanah kami sendiri.

"Jadi, kalau kita ada sertai apa-apa pertandingan, kita guna set kita. Macam nak tunjuk kat orang yang ini adalah simbolik cinta kami. Ibarat seperti kami bawa cinta kami kemana-mana,"katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pelakon yang terkenal menerusi filem Lagenda Budak Setan itu berkata dia kini tiada alasan untuk culas berlatih, malah suaminya juga telah menyediakan jadual khas untuk mereka.

"Selepas ini saya akan semakin aktif memandangkan Irfan pun seorang jurulatih. Dulu rumah saya jarak dalam 50 minit. Jadi, bila datang jumpa dia ke apa saya akan beri alasan tak larat dan penat nak memandu.

"Tetapi sekarang, bila dah duduk dekat dengan tempat memanah, dah tak boleh nak buat alasan tu. Dia kata dia dah buat jadual datang memanah,"ujarnya.

Sekadar info, Shiqin sah bergelar isteri kepada jurulatih sukan dan memanah, Mika Irfan, 28 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya.

Sebelum ini, pasangan itu berkenalan selama lebih setahun dan mengikat tali pertunangan pada 29 Ogos 2026.

Tarikh majlis akad nikah iaitu 25 November juga dipilih sebagai simbolik tarikh hari lahir Shiqin.

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung pada 29 November depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved