‘Tak mahu hidup sebumbung 50-50.’ Norreen Iman dedah talak sebenarnya jatuh tahun lalu, pilih sahkan cerai elak langgar hukum

22 May 2026 • 10:06 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Tak mahu hidup sebumbung 50-50.’ Norreen Iman dedah talak sebenarnya jatuh tahun lalu, pilih sahkan cerai elak langgar hukum

PELAKON dan pempengaruh Norreen Iman mendedahkan talak satu dengan bekas suami, Mohd Razzi Abd Razak sebenarnya sudah jatuh sejak tahun lalu.

Menurut Norreen, keputusan membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dibuat bagi mengelakkan sebarang keraguan dalam rumah tangga mereka, lebih-lebih lagi melibatkan hukum agama.

“Jadi keputusan yang dibuat oleh hakim mengesahkan kami bukan lagi isteri dan suami. Jatuhnya talak satulah, dari tahun lepas.

“Sebab itulah Norreen decide untuk buat pengesahan lafaz cerai supaya nak elakkan apa-apa masalah. Kita sendiri pun tak nak hidup sebumbung dalam keadaan 50-50.

“Sebab kita pun tak nak main dengan hukum agama,” katanya ketika ditemui Melodi.

Image from: ‘Tak mahu hidup sebumbung 50-50.’ Norreen Iman dedah talak sebenarnya jatuh tahun lalu, pilih sahkan cerai elak langgar hukum

Dalam pada itu, Norreen mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah memandangkan mereka sudah melalui kehidupan bersama selama 12 tahun.

Bagaimanapun, pelakon itu percaya perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka sekeluarga.

“Sepanjang 12 tahun, saya happy dan ini jalan yang terbaik. Go with the life. Anak-anak pun dah growing up. Berat ni, berat.

"Kepada Razzi, Norreen doakan Razzi lebih maju ke depan dan sentiasa ingat untuk sayang sesiapa yang menyayangi kita.

"He is a nice man. Saya mungkin tidak dapat cari lelaki seperti Razzi di luar sana tapi kita always seek for our own happiness,” luahnya sebak.

Sekadar info, Norreen dan bekas suami memiliki sepasang cahaya mata.

Sumber: YouTube Melodi