
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (5 Mei) negara dikejutkan dengan berita seorang pelajar perempuan tahun dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor meninggal dunia selepas dilanggar sebuah van dihadapan sekolah terbabit.
Pelajar tersebut dilanggar oleh van terbabit sewaktu pulang dari sekolah sekitar jam 12.40 tengah hari. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepada serta organ dalaman.
Ekoran daripada insiden itu, pemandu van berkenaan kemudiannya ditahan reman selama tiga hari bermula 6 Mei sehingga Jumaat ini (8 Mei).
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van: Ibu Hiba, Hanya Terlewat Beberapa Minit Kerana Perlu Urus Anak Bongsu
Johor tubuhkan jawatankuasa khas untuk perkukuh keselamatan pelajar dan warga sekolah
Terbaharu Kerajaan Johor bakal membentuk jawatankuasa khas atau ‘task force’ untuk perkukuhkan tahap keselamatan pelajar serta seluruh warga yang berada di sekolah.
Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin tujuan jawatankuasa itu ditubuhkan adalah untuk adalah untuk memastikan garis panduan keselamatan di setiap institusi pendidikan dipatuhi secara menyeluruh.
Jelasnya, perkara itu penting untuk mengelakkan nahas sama yang berlaku di sekolah di Parit Sulong berulang lagi.
“Setiap sekolah perlu melaksanakan penilaian risiko secara berkala termasuk merekod pergerakan murid ketika datang dan pulang dari sekolah.
“Penambahbaikan juga perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya tahap keselamatan sentiasa berada pada tahap optimum,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Pengurusan sekolah perlu ketatkan kawalan pergerakan ketika waktu puncak
Selain itu, beliau turut berpendapat pengurusan sekolah perlu perketatkan kawalan pergerakan khususnya ketika di waktu trafik tinggi seperti:
- Menempatkan guru bertugas
- Pengawal keselamatan / warden trafik untuk kawal aliran murid serta kenderaan
Bukan hanya itu, kemudahan keselamatan jalan raya juga perlu disediakan seperti:
- Papan amaran
- Had laju kawasan sekolah
- Lintasan pejalan kaki (Zebra crossing)
Selain itu penghadang keselamatan juga hendaklah diselenggara dengan baik, perkara tersebut bertujuan untuk kurangkan risiko kemalangan daripada berlaku.
Bagi memastikan aliran trafik di kawasan sekolah sentiada berada dalam keadaan selamat serta teratur Aznan memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah akan terus memantapkan pemantauan selain melakukan kerjasama dengan banyak pihak termasuklah polis serta pihak berkuasa.

