Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan caj rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan daripada RM1 bagi pesakit luar am dan RM5 bagi rawatan pakar kepada RM10.
Menurut Anwar, meskipun kadar baharu yang dicadangkan itu masih rendah, kenaikan tersebut dikhuatiri akan menambah beban rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan.
Caj KK RM1
Anwar berpandangan bahawa kadar bayaran lebih tinggi boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan, termasuk individu yang mendapatkan rawatan di wad kelas pertama hospital kerajaan.
Kalau pegawai tinggi duduk wad kelas pertama hospital kerajaan tak mengapalah. Kalau orang miskin masih kena bayar, saya tak setuju.

Beliau berkata demikian menerusi program Dialog Negara yang disiarkan pada malam Rabu.
Kos sara hidup tinggi
Dalam masa sama, Anwar mengakui masih terdapat rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup berikutan kadar pendapatan yang belum setimpal, meskipun kadar inflasi negara kekal rendah.
Sehubungan itu, kemampuan kewangan pesakit perlu diambil kira dalam sebarang cadangan kenaikan caj rawatan.

Sementara itu, Anwar turut menggesa doktor dan petugas kesihatan supaya tidak terlalu memilih lokasi penempatan sehingga enggan berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurutnya, kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan penyesuaian penempatan yang munasabah, namun keperluan rakyat di kawasan terpencil untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan tetap perlu diutamakan
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kerajaan Tanggung Kos Rawatan Hafizuddin Roslin, Bakal Terima Pampasan Insurans RM120,000
The post Tak Mahu Rakyat Terbeban, PMX Tak Setuju Caj Rawatan Klinik Kerajaan Dinaikkan Kepada RM10 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






