“Tak Masuk Akal” – Karina Minta Maaf Bercinta Dengan Lee Jaewook, Dah Kenapa Nama Jennie Pula Disebut?

Entertainment
8 Mar 2024 • 11:10 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Karina yang bercinta, nama Jennie BLACKPINK pula yang disebut sekali..

Baru-baru ini, Karina aespa telah memuat naik surat permohonan maaf selepas hubungannya bersama dengan Lee Jae-wook telah didedahkan oleh Dispatch pada minggu lalu.

Selain nama Karina, ada juga wartawan yang menyebut nama Jennie dalam artikel mereka, dan seolah-olah membezakan cara kedua wanita itu menyelesaikan isu khabar angin percintaa mereka. Khususnya dalam artikel itu tertulis,

Tahun lepas, apabila Jennie terpalit dengan khabar angin dengan V BTS, respon yang dikeluarkan agensi ialah ‘Kami tidak tahu kerana ia adalah kehidupan peribadi artis’.

Sambung mereka,

Pada masa itu, gambar kehidupan peribadi Jennie telah bocor dan peminat menyatakan rasa tidak puas hati terhadap agensi yang mendiamkan diri mereka berhubung khabar angin tersebut. Akhirnya, tiada apa-apa yang disahkan.

image is not available

Oleh itu, peminat di seluruh dunia telah mengkritik wartawan tersebut kerana mereka tidak seharusnya menyebut nama Jennie dalam artikel itu walhal tajuk utamanya adalah mengenai Karina.

Komen netizen,

Perlu ke cakap tentang Jennie?

 

Kenapa nak membandingkan Jennie dan Karina?

 

Karina meminta maaf adalah tidak masuk akal tetapi ini juga tidak masuk akal.

 

Kadang-kadang saya fikir wartawan ini membocorkan khabar angin percintaan idola dengan sengaja untuk melihat mereka menderita.

Itulah pasal, dah kenapa nak kena sebut nama Jennie pula..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.